Saturday, May 24, 2014

Topup Giveaway by Mya

TAMAT PADA 7 JUN 2014
followers ke 558
likers ke 412

klik banner untuk join
hadiah :
top referral : RM30
24 pemenang bertuah : RM5

Tuesday, May 20, 2014

Giveaway RM300 by Blog Pancing Elih

---------- TAMAT PADA 4 JUN 2o14 ----------

assalamualaikum.

klik banner untuk join :)

p/s : syarat simple je.

Sunday, May 04, 2014

Senarai URL Blog

assalamualaikum.

jom join segmen simple ni. cuma tinggalkan URL blog korang dekat ruang comment entry ini. baru senang nak blogwalking kalau dah ada senarai :)

blogwalking
----- terima kasih :) -----

bloglist :
1. http://nurulsyazwaniyazid.blogspot.com
2. http://ohthrillers.blogspot.com
3. http://myshaheila.blogspot.com
4. http://anies-msletoes.blogspot.com
5. http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com
6. http://intansaffyna.blogspot.com
7. http://duniazumal.blogspot.com
8. http://shirochan99.blogspot.com
9. http://muslimahad-deen.blogspot.com
10. http://fie-mi.blogspot.com
11. http://theonlygirl98.blogspot.com
12. http://www.zukidin.com
13. http://nad-lifeisfun.blogspot.com
14. http://onlymedalila.blogspot.com
15. http://sarahairudin.blogspot.com
16. http://nineteencapri.blogspot.com
17. http://newhusnayusof.blogspot.com
18. http://ciksitionline.blogspot.com
19. http://husnazahidi.blogspot.com
20. http://reinirazak.blogspot.com
21. http://hanimsain-delimasari.blogspot.com
22. http://thepiratekingstories.blogspot.com
23. http://shahhohoy.blogspot.com
24. http://hudasensei.blogspot.com
25. http://eykabaha.blogspot.com
26. http://celotehcikfieqa.blogspot.com
27. http://nad2nadzirah.blogspot.com
28. http://www.nasrulmuhaimin.com

Petua Buang Tahi Lalat Dengan Mudah

assalamualaikum.

petua ni saya baca dari blog http://iliesbubblies.blogspot.com. memang mudah tapi sakit macam kena gigit semut api. saya ada tahi lalat dekat dagu. satu besar dan hidup, satu lagi kecik dan mati kot tapi timbul. saya pernah garu tahi lalat yang kecik tu sebab gatal, dia tertanggal tapi tumbuh lagi.

BAHAN :
  • kapur sirih - kapur makan (google kalau tak tahu)
  • serbuk pencuci - contoh : daia, top, breeze, fab, saya guna daia
  • sedikit air
CARA :
  1. bancuh kapur sirih dan serbuk pencuci atas bekas. saya guna bekas plastik dan sudu plastik untuk bancuh.
  2. nisbah adunan 1 : 1 saya campur kapur sirih setengah sudu dan serbuk pencuci setengah sudu jugak.
  3. titiskan air sikit je sehingga adunan jadi macam bedak sejuk.
  4. bila adunan dah siap, boleh cucuk sikit tahi lalat guna jarum tapi saya tak cucuk.
  5. bismillah. letak sedikit adunan tu atas tahi lalat. INGAT : letak atas tahi lalat je, tak boleh lebih kena kulit.

PENGALAMAN SAYA :
hari pertama
  • first time letak tak sakit tapi kulit tahi lalat tu mengelupas. tunggu 40 minit. cuci.
  • kali kedua letak, dah mula rasa sakit macam kena gigit semut api. tahi lalat jadi besar. tunggu 40 minit. cuci.
  • kali ketiga, tahi lalat jadi kering dan kembali ke bentuk asal tapi kulit sekeliling tahi lalat jadi bengkak dan merah. tunggu 40 minit. cuci.
  • kali keempat, masih sakit jugak, tahi lalat kering dan menipis, tunggu 40 minit. cuci.

(tak ingat letak kali ke berapa mula keluar darah, tapi sikit je)

hari kedua
letak dua kali, masih rasa sakit dan keluar darah sikit. tahi lalat kecik dah tanggal - tinggal parut kaler hitam(tak pasti baki tahi lalat atau tak) dan berlubang.

hari ketiga
letak dua kali, tahi lalat jadi mengecut dan kering.

hari keempat
dah tak letak campuran kapur sirih + serbuk pencuci. tahi lalat tu macam nak tanggal, tapi masih melekat sikit dekat isi kulit. tahi lalat jadi macam kudis.

hari kelima
tahi lalat tanggal. cuma tinggal lubang parut.

Thursday, May 01, 2014

#2 Senyum Malam


alahai~ sopannya duduk. boleh buat menantu ni! hehehe.

Pencarian Bloglist 2 Bulan by Athirah

assalamualaikum.

pencarian bloglist untuk bulan mei hingga jun 2o14. klik banner untuk join! :D


tamat pada 15 mei jam 12.00 malam.

Wednesday, April 30, 2014

Cara Membelai Kucing








Monday, April 28, 2014

Kucing Comel

assalamualaikum.

tidur terlentang siap silang kaki. atas keyboard laptop pulak tu! pandai dia cari port tidur yang best. hehe.

tidur dalam pasu, mungkin tanah tu sejok kot. hehe. elok je pokok kat tengah.

tidur terlentang berjemaah. same je perangai. like father like doter. hihi.

syok mimpi la tu sampai keluar air liur.

 bestnya ada kucing yang suka mandi. kucing saya baru tengok pintu bilik mandi dah takut.

tak susah nak mandikan, terus berenang je. hehe.

Sunday, April 27, 2014

Segmen : First Anniversary Blog Asha Lya

assalamualaikum.

HAPPY ANNIVERSARY BLOG ASHA LYA!

saya join giveaway dari Asha Lya sempena anniversary blog dia yang ke setahun. (^___^) segmen ni tamat pada 5 MEI. antara HADIAHNYA ialah kerongsang felt, keychain sabah, topup rm5, sticker keyboard, shawl, pouch. SYARAT MUDAH cuma follow blog Asha Lya.


Dear Followers

assalamualaikum.

amboi, title post. kikikikiki. lepas sebulan buat blog, akhirnya, followers saya dah lebih 100 orang.

THANK YOU!

orang lain dah ribu-riban, saya baru ratusan je. terima kasih sudi follow blog saya, sudi baca entry, sudi comment dan klik nuffnang. nah bunga sorang satu. *lempar-lempar bunga*

masa kecik dulu, saya cakap ni bunga hantu (-___- ")

terima kasih followers yang ke 100 -- mira. header dia lawa tau!

Saturday, April 26, 2014

Tudung Bawal Gaya YunaBella

assalamualaikum.


tak mampu beli tudung mahal tapi tudung bawal yang murah pun boleh buat macam-macam style kan. saya ikut tutorial dari blog http://yunabella.blogspot.com. simple je nak buat, tapi nampak kreatif dan cantik. hehe. yang penting tutup dada.

Friday, April 25, 2014

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

assalamualaikum.

jom amalkan ayat seribu dinar. insyaallah, hikmahnya adalah :
  • membuka pintu rezeki dan memperoleh rezeki yang tak disangka-sangka.
  • mendapat jalan keluar dari masalah.
  • mendapat perlindungan dari musibah dan bencana.
  • memudahkan segala urusan.
  • jika berperang, tidak cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.




barang siapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t, nescaya akan diberikan kelapangan (jalan keluar). dan diberikannya rezeki dari yang tidak disangka-sangka. dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah s.w.t maka dicukupkannya (keperluannya). sesungguhnya Allah tetap melakukan segala kehendakNya. segala ketentuan itu telah pun ditakdirkan Allah.
(at talaq ayat 2 dan 3)


sejarah dinamakan seribu dinar

pada zaman dahulu, ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak seribu dinar. ‎setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama, pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak seribu dinar seperti yang diperintahkan. setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. lalu Nabi Khidir pun mengajarkan akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-talaq untuk diamalkan. lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.
sehinggalah pada suatu hari, pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. di tengah pelayaran, ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakal pada Allah sambil terus-menerus membaca ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
tinggallah pedagang itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan ayat 2-3 surah at-talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini, ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎seribu dinar.‎

Wednesday, April 23, 2014

Good Night


assalamualaikum.

Tuesday, April 22, 2014

Segmen : 12 Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, April 21, 2014

Giveaway : Saya Nak Skirt Free Itu

assalamualaikum.

labuh skirt 90cm | labuh lining 80cm

*angkat-angkat kening* cantik tak skirt tu?! nak tak?? hehe. jom la join ramai-ramai. korang kena join jugak sebab syarat senang je. tak perlu like atau follow banyak-banyak blog. klik gambar kalau nak join :)

saya mesti menang chiffon skirt ini kerana saya kalau keluar rumah selalu pakai seluar, nak jugak merasa pakai skirt sebab nampak lebih sopan dan saya tak pernah ada skirt.

Sunday, April 20, 2014

Diana Amir

assalamualaikum.

saya mula minat dekat diana amir lepas dia bertudung. cantik kan? lepas bertudung, nampak lebih sopan. saya kagum sangat dekat dia, dia pakai tudung labuh dan tutup dada, lagi satu, dia selalu pakai inner tutup dagu tu. nampak manis je bila pakai tudung labuh.



dena bahrin pun comel jugak, dia suka pakai tudung labuh :D

Saturday, April 19, 2014

Segmen : Easy Segment by Shahida Rahim

assalamualaikum.

nak hadiah tudung tapi takde orang nak bagi? nak tudung baru tapi takde duit nak beli? nak tambah koleksi tudung? haa. kak ida tengah buat segmen dan hadiahnya adalah tudung! wah. bestnya. ni first time kak ida buat segmen. jom join ramai-ramai dan support first segmen kak ida. hadiah dia ada wide shawl, tudung akel, tudung syria, hadiah misteri dannn hadiah jugak mungkin bertambah! masih ada masa lagi sebab segmen tamat pada 20 APRIL. syarat pun simple. jom join! :D

Senyum Malam

assalamualaikum.

saya bukan gelak baca status tu, tapi gelak tengok respon karam singh yang orang buat. hehe.


Friday, April 18, 2014

Salam Jumaat

assalamualaikum.
this makes me think.

kuliah maghrib di masjid at-taqwa, bertam indah. tajuk kuliah, "mizan dan sirat" oleh ustaz wadi annuar.

kata ustaz :

mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana? jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. tak da pokok, tak da sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangkakala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. (rujuk surah yasin ayat 52-54) ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. saidatina aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita? lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat al quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. (rujuk surah a'basa ayat 37)(80:37).




ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. kena tunggu entah berapa lama lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam, dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh, musa, isa dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita, dek padatnya manusia pada hari tu. sebelum hisab bermula, kitab amalan kita akan turun dari arash. masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. kemudian, Allah panggil sorang-sorang untuk dihisab. sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kite baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. tak da satu pun tertinggal. lepas habis baca Allah akan tanya kita 3 soalan :

1) adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid?
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan?

setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kita ke syurga tetapi final check Allah buat. Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula bangun adalah anak isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang. jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri). 

kita yang perempuan, jagalah diri kita. sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tapi affect jugak orang-orang yang kita sayang. ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita. hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.

kata ustaz :
hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti. 
kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu. 
yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? nak masuk syurga bukan senang, bukan boleh masuk dengan baik sorang-sorang. jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. amin.

wallahu a'lam.

Thursday, April 17, 2014

Tentang Saya

assalamualaikum.

kalau korang nak tau, saya ni seorang yang

pendiam :
saya dari kecik memang tak banyak cakap. orang pendiam selalunya pemalu kan. pernah dulu masa darjah tiga. masa tu cikgu nak serahkan kertas ujian.
cikgu : *panggil nama saya* cma ni pemalu, markah ujian pun pemalu jugak (maksudnya markah kecik la tu) (-___- ")

disebabkan saya pendiam, saya jadi banyak berfikir dan suka perhati je orang kat sekeliling saya tapi tak la pendiam dengan semua orang. mula-mula kenal saya memang pendiam, lepas kenal lebih rapat, jadi banyak cakap pulak. orang yang pendiam selalunya cenderung menjadi pendengar yang baik. haaa. geng-geng pendiam, kembang kuncup tak lubang hidung tu?? hahaha. ada tapinya jugak, kadang-kadang orang pendiam ni mudah tersisih. sebab kita tak banyak cakap, orang jadi malas nak berkawan. T_T

sayang sangat dekat kucing :
pernah dulu, jiran pinjam kucing saya (macam pinjam barang pulak). hehe. dia cakap nak pinjam kejap, sebab nak main dengan kucing tu. tapi dah petang, dia tak hantar-hantar lagi. saya nangis sebab saya ingat dia culik kucing saya. haha. abang saya terpaksa pergi rumah jiran tu nak ambil balik kucing. sekarang ni saya ada 5 ekor kucing. 2 mak kucing dan 3 anak kucing. semua betina :D

sensitif :
orang tegur je, mesti rasa nak nangis. lagi-lagi kalau orang marah kat saya, terus nangis. haha. memang mudah menangis. kalau ada masalah kecik pun, mula lah menitis air mata ni. hukhuk T_T mungkin sebab saya anak bongsu kot, gaduh dengan abang pun, mak ayah selalu menangkan saya. oh ya, saya ada 2 orang abang dan saya satu-satunya perempuan, bongsu pulak tuh. saya pernah cakap dekat abang dan mak saya, kalau la abang saya tu perempuan, boleh la tolong saya buat kerja dalam rumah. haha.

ni pulak sifat saya masa kecik :

masa kecik-kecik dulu saya seorang yang lasak. tiap hari mesti panjat pokok. sebelum lepak atas pokok tu mesti bawak gula-gula perisa sarsi. rasa tak percaya pulak yang saya macam tu dulu. haha. kalau korang nak tahu, masa sekolah rendah, saya tak suka ikat rambut dan tak tahu pakai baju lengan pendek. sampai tingkatan 2, baju saya semua lengan panjang. peliknya saya masa kecik-kecik dulu. hehe. cakap pasal masa kecik ni, masih ingat tak dengan :

*image courtesy of google*
rindunya T_T

Wednesday, April 16, 2014

Segmen : Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru

assalamualaikum.

nak menang hadiah topup atau wang tunai RM10 tak? kalau nak, jom join segmen ni. TAPI, untuk blogger blogspot baru je. hehe. cara penyertaan pun mudah, cuma letak doodle bawah ni dalam entry dan link. tarikh tutup 16 april, masih boleh join sebelum tengah malam ni :D


saya
nama : cma
umur : 21 tahun

blog
nama blog : cik cenderawasih
jumlah followers : 72 orang
url blog : http://cikcenderawasih11.blogspot.com/
umur blog : 1 bulan. birthday blog - 15 mac 2014
saya tulis tentang kehidupan saya, share info yang berguna dan kadang-kadang letak tutorial/tips. disebabkan saya suka masak, saya jugak kongsi resepi, tapi resepi yang simple je :D

Buang Word Verification di Ruang Comment

assalamualaikum.

ni tutorial untuk buang word verification di ruang comment. bulan lepas ada kakak blogger yang tegur, lagi elok kalau buang word verification tu sebab macam menyusahkan orang nak comment. blogger baru mungkin tak perasan word verification ni. masa nak publish comment, mesti keluar yang ni kan.

word verification

jadi, kalau korang nak delete. click design > settings > posts and comments.


dah tekan posts and comments > keluar yang ni pulak.


show word verification tu, tukarkan kepada NO. tu saje :)

zikir harian

Tuesday, April 15, 2014

Entry Pendek

assalamualaikum.

alhamdulillah. earning nuffnang saya naik! happy sebab naik rm1. hehehe. baru naik sikit dah happy. tapi, sikit sikit lama lama jadi bukit kan. :D terima kasih korang sebab klik nuffnang saya. jadi makin bersemangat pulak nak update blog.


Sebab Kucing Jantan Makan Anak Kucing

assalamualaikum.

terkejut tengok anak kucing tinggal kepala dalam kotak. patutla masa kucing jantan tu hidu anak kucing, ayah cakap kucing jantan tu nak makan anak kucing. tapi saya fikir, tak mungkin la kucing jantan makan anak kucing, takkan dia tak kesian tengok muka anak kucing yang comel tu. waktu pagi masa nak tengok 3 ekor anak kucing dalam kotak, 2 ekor tinggal kepala je lagi, seekor je yang hidup. sedih sangat masa tu, rasa menyesal pulak letak kotak tu dekat luar rumah.

memang beberapa hari sebelum kejadian ni, kucing jantan tu asyik lepak kat rumah kitorang. lepas makan anak kucing tu, batang hidung pun tak nampak. huh. tadi baca-baca info tentang kenapa kucing jantan makan anak kucing, sebab :

  • kucing jantan tu nak mengawan dengan ibu kucing, tapi ibu kucing tu sibuk layan anak kucing je. jadi, kucing jantan tu cemburu la dan bunuh anak kucing tu. bila anak kucing dah mati, tiada lagi penghalang untuk kucing jantan tu nak dekat-dekat dengan ibu kucing.
  • kurang sumber makanan dan kucing jantan tu ingat anak kucing tu tikus.
  • tak mahu kedudukannya tergugat sebab anak kucing tu bukan keturunan kucing jantan tersebut.


anak kucing warna hitam putih nombor dua dari kanan tu hilang. jadi, tinggal 3 ekor. 2 ekor sebelah kanan tu la yang kena makan kucing jantan tu. anak kucing yang kiri hujung, mati jugak sebab ibu kucing tak pedulikan dia T_T

zikir harian

Monday, April 14, 2014

Segmen : Blogwalking by DayangDeno

assalamualaikum.

jom ramai-ramai join segmen ni. cuma like fanpage dan follow blog dayang deno, lima peserta bertuah akan mendapat limited edition doodle art button badge :) good luck kepada sesiapa yang join! :D


Manusia Tiada yang Sempurna

assalamualaikum.

pernah tak seseorang menghina korang depan-depan? lebih teruk lagi bila seseorang tu menghina korang depan orang ramai. rasa down sangat bila seseorang cakap kekurangan kita. ada yang hina kita kurus sangat, gemuk, pendek, hitam. eh. macam la dia sempurna sangat kan. kadang-kadang diorang cuma bergurau, tapi tak semua yang dapat terima gurauan yang macam tu, lebih-lebih lagi orang yang berjiwa sensitif. rasa sedih sangat bila seseorang tu cakap tentang kekurangan kita depan orang ramai dan orang ramai tu pulak gelakkan kita.

saya selalu fikir macam ni ' ya, memang betul tu kekurangan saya. Allah dah ciptakan saya macam ni. diorang bukan menghina saya tapi menghina ciptaan Allah '
sampai bila nak sakitkan perasaan orang? hubungan kita dengan Allah mudah nak pulih dengan taubat tetapi sesama manusia? kita sakitkan perasaan orang, bila kita minta maaf, boleh ke orang nak maafkan kita saja-saja. semua orang berbeza.



rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ' sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat '
hadis riwayat ahmad dan tirmizi.

huraian hadis ;
i) memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

ii) sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. sebaiknya, selaku umat islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. sesungguhnya, sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

sudah-sudah la :) untuk sesiapa yang rasa dirinya tiada cela : Allah boleh tarik balik kelebihan kita dalam sekelip mata. untuk sesiapa yang rasa teraniaya : sabar adalah terbaik untuk kita. mungkin Allah nak uji kita dan dengan ujian itu, kita semakin dekat dengan Allah.


jom zikir :)

Sunday, April 13, 2014

Boleh Tolong Tak?

assalamualaikum.

macam-macam jenis produk dah saya pakai untuk kulit muka saya yang berjerawat ni. kulit muka saya mula berjerawat dari tingkatan 4. sekarang tinggal bekas jerawat je lagi dan muncul bila period. hey jerawat! asal tak bawak sekali bekas jerawat tu! keji tau. haha. tangan saya yang gatal nak picit jerawat dulu, sebab tu la berparut dan ada bintik merah. tapi, bekas jerawat cuma dekat pipi sebelah kiri, pipi sebelah kanan ok. maksudnya, tak teruk sangat.

so, ada sesiapa boleh suggest tak, krim atau produk yang sesuai untuk hilangkan bekas jerawat dari kehidupan saya? :P

help me T_T

Saturday, April 12, 2014

Jom Blogwalking

assalamualaikum.

jom blogwalking ke blog diorang ni. terima kasih dah join segmen tambah followers dan follow blog saya :D



Friday, April 11, 2014

Sunnah Rasulullah SAW Pada Hari Jumaat

assalamualaikum.

alhamdulillah, masih dapat menikmati nikmat Allah iaitu bernafas dan menghirup udara pagi ini.

hari jumaat merupakan hari yang mulia bagi umat islam.
" hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari jumaat. padanya diciptakan adam as, padanya dimasukkan dia ke syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. dan tidak akan berlaku hari kiamat kecuali pada hari jumaat "
(sahih muslim : 854)


mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja).


" mandi pada hari jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya " (sahih, al-bukhari : 880, muslim : 846)


banyakkan selawat.


" sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku " (sahih, abu daud : 1047, disahihkan oleh al-arnaouth)

                    


membanyakkan doa terutama diakhir waktu asar.


" pada hari jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelah asar "
(sahih, abu daud: 1048, disahihkan oleh al-hakim, adz-dzahabi, an-nawawi dan al-albani)



membaca surah al kahfi.


" barangsiapa yang membaca surah al kahfi pada hari jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang berikutnya " (H.R Baiqahi)


berjalan kaki dan segera ke masjid.


" sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun "
(sahih : sunan abi daud : 345, al-albani mensahihkannya)

Wednesday, April 09, 2014

Artis Lelaki Korea Paling Comel

assalamualaikum.

first time tengok dia ni dalam drama korea you're beautiful. saya suka tengok senyuman dia :D

jang geun suk

Jalan-Jalan

assalamualaikum.

minggu lepas, saya dengan family pergi pekan daro. kitorang 15 orang naik 3 buah kereta, best sangat dapat jalan ramai-ramai. first, kitorang pergi pasar sebab makcik nak beli ikan. bangunan tempat jual ikan tu ada dua tingkat, tingkat bawah tempat jual ikan dan buah. tingkat atas pulak tempat jual pakaian muslimah dan gerai makan. kitorang naik tingkat atas, cuci mata tengok baju, tudung, beg, macam-macam lagi lah, punya lah lama kitorang kat kedai tu. haha. biasalah perempuan kan, kalau shopping tak boleh sekejap.

lepas tu, kitorang pergi minum abc pulak. kalau jalan-jalan, tak sah kalau tak makan :D hehe.

ni lah pekan daro, sarawak. *courtesy of google*

dah habis minum abc, kitorang pergi booth tempat jual tudung lagi! hehe. tengah tengok-tengok tudung, kakak sepupu tanya, tak beli tudung ke? saya dan sepupu lain jawab, kalau ada yang tolong bayarkan, boleh jugak. haha. then, kakak sepupu cakap, pilih la yang mana kami suka, nanti dia bayarkan. haa. apa lagi, kitorang terus pilih tudung. ini tudung yang kakak sepupu saya yang pilihkan untuk saya sebab saya tak tahu nak beli yang mana, rambang mata masa tu. hehe.

tudung bawal kaler pink + oren

selesai beli tudung, kitorang beli barang makanan then balik rumah :D harap lain kali dapat jalan ramai-ramai macam ni lagi :D