Monday, March 31, 2014

Don't you cry

assalamualaikum.

lagu untuk perempuan single :D
siboh kitak nangis (melayu sarawak) maksudnya : don't you cry.


Sunday, March 30, 2014

Dah jumpa. Jagaa.

assalamualaikum.

dah berapa hari tak post entry, bukan sebab busy, tapi line wifi takde T_T

hari jumaat lepas, saya pergi pasaraya dengan abang, saya beli barang-barang dapur, abang saya pulak repair kereta dia. sebelum beli barang, saya dah buat list barang nak dibeli. tengah cari barang nak dibeli... saya jumpa ini :

dekat semenanjung susah nak cari ni kan. rm2.7o, murah. lama dah cari biskut ni. saya beli satu bungkus je.


hari tu, saya tengok resepi kek cheese dekat blog cik epal, kalau takde biskut saltcheese, boleh jugak guna biskut hup seng ni, tapi jangan silap beli pulak, guna yang jenis original sebab ada yang silap beli flavor sayur. resepi kek cheese tu simple je, bahan-bahan yang perlu ada :

  • 1kotak/botol fresh milk dutchlady - untuk rendam biskut
  • roti saltcheese - kalau takde, gantikan dengan hup seng deluxe crackers
  • cream cheese - tatura / philadelphia
  • 1tin rendah susu pekat manis


bahan memang murah, tapi budget hari tu cukup untuk beli barang dapur yang perlu je. haha. lagi pulak, hari tu, duit saya guna untuk repair handphone samsung sebab lupa password handphone. insyaallah, lain kali nak cuba resepi ni sebab bahan pun dah jumpa. yea!

Wednesday, March 26, 2014

Always Will


bukan sekadar cinta pada apa yang mereka ada
tapi
terima apa yang mereka tidak punya

' no family is perfect. we argue, we fight. we even stop talking to each other at times.
but in the end, family is family. the love will always be there. '

Tuesday, March 25, 2014

Haihh. Pelupa.

assalamualaikum.

' sidai baju-- dah
mop lantai-- dah
masak nasi--
lupa nak masak nasi! kejap lagi mak balik! '

selalu sangat jadi macam ni. setiap hari kena buat senarai to-do-list. lebih parah bila lupa nak makan. HAHAHA.
dannn.
akhirnyaaa.
sayaaa.
jumpaaa. *bunyi drum*
iniii.
ubat penyembuh untuk si pelupa. *print banyak-banyak*

*awak comel, tau tak!*

Saturday, March 22, 2014

Tutorial : Header Blog Transparent Guna Photoscape

assalamualaikum.

*tak perlu download apa-apa kecuali save image je*
*wajib ada photoscape*

haa. ingat photoshop je boleh buat header transparent. photoscape pun boleh tau! tengok la header blog saya. *angkat2 kening*

CARA :

1. pergi ke laman web : sini.

---------------

2. dah bukak laman web tu, klik pixlr editor.


---------------

3. lepas tu, klik create a new image.


---------------

4. adjust tinggi serta luas header dan wajib tick dekat box transparent tu >> ok.


---------------

5. lepas tu, tekan file >> save.


---------------

6. sebelum save image >> tukar format kepada PNG (transparent, full quality) >> ok.



---------------
selesai guna pixlr
---------------

7. bukak photoscape >> editor.


---------------

8. klik gambar yang telah di save tadi.


---------------

9. klik object dan edit ikut kreativiti korang.
















contoh header yang saya buat :




---------------

10. tekan save / save as.





---------------

11. kalau tekan save >> bila yang ni keluar, klik no.













---------------

12. siap!



Friday, March 21, 2014

Kek Batik Paling Simple dan Sedap


resepi paling simple, semua orang boleh buat :D jom cuba.

BAHAN :

  • 1 paket kecil milo
  • 250gram butter
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 paket roti marie


CARA :

  1. masukkan milo, butter dan susu ke dalam periuk.
  2. kacau laju-laju, kalau tak kacau, nanti berketul.
  3. masukkan biskut marie kalau dah menggelegak, kacau rata biar semua biskut berwarna coklat. jangan kacau lama-lama, karang biskut lembik pulak.
  4. masukkan ke dalam loyang, lepas tu sejukkan selama 4jam. siap!

Thursday, March 20, 2014

Timbang Berat Blog

assalamualaikum.

jom timbang berat blog! :D

timbang sini

kenapa timbang blog ni penting? sebab masa untuk loading blog mempengaruhi jumlah orang yang blogwalking. pernah tak macam ni : tengah blogwalking, blog orang tu lama gila nak loading. so, kita tak jadi nak baca blog orang tu. menurut kajian :


kalau lama sangat masa untuk loading, korang delete je terus blog. muahahaha. *gurau je* korang delete je widget yang tak penting, kurang la sikit berat blog kan.

Tuesday, March 18, 2014

Masalah untuk Follow Blog

assalamualaikum.

sekarang ada masalah button follow kan. bila klik follow, yang ni pulak keluar :


saya cari la cara lain nak follow. dah jumpa. first, klik blogger dashboard.

dekat blogger dashboard tu, ada reading list :


tekan add, akan keluar pulak yang ni :


dekat kotak add from URL, copy paste je URL blog yang korang nak follow. lepas tu, klik follow :D dah selesai. korang dah tahu cara ni eh? saya baru tahu la T_T
ps : boleh follow banyak blog dengan cara ni ^^ cuma klik +add dan copy paste url blog lain yang nak di follow.

Monday, March 17, 2014

Do-It-Yourself

diy monster supply holders. comel! botol syampu yang dah kosong tu, boleh buat jadi tempat pensel. kreatif. nak cuba buat jugak la. simple je :D


puppy dari stokin. comelnya~ *stokin mesti bersih tau! haha*




Saturday, March 15, 2014

Puding Milo Lapis Oreo

assalamualaikum


tadi tengah cari resepi, tertarik dengan resepi puding milo ni dalam blog yatie memories. nampak sedap dan senang nak buat. :D (saiz 8'' persegi) insyaallah, nanti nak cuba buat.

BAHAN :

  • 1 bungkus / 10gram jelly powder - serbuk agar-agar
  • 750ml air
  • 160gram gula
  • 1tin @ 400gram susu cair
  • 3/4 cawan serbuk milo
  • 1bungkus(137gram) oreo cookies - patah dua


CARA :

  1. masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. masukkan gula dan masak sehingga gula larut. masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. asingkan dua cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo hingga sebati.
  3. tuangkan satu cawan milo(lapisan bawah) ke dalam acuan, panaskan campuran milo yang satu lagi(lapisan atas) dengan api paling kecil supaya tak membeku.
  4. apabila permukaannya mengeras sedikit(lapisan bawah), tuangkan kesemua adunan putih(lapisan tengah) tadi dan taburkan biskut oreo. apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo(lapisan atas) tadi.
  5. biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.




Pray For MH370


teringat dekat baby dalam pesawat mh370. apa nasib mereka ya? :'(