Sunday, March 30, 2014

Dah jumpa. Jagaa.

assalamualaikum.

dah berapa hari tak post entry, bukan sebab busy, tapi line wifi takde T_T

hari jumaat lepas, saya pergi pasaraya dengan abang, saya beli barang-barang dapur, abang saya pulak repair kereta dia. sebelum beli barang, saya dah buat list barang nak dibeli. tengah cari barang nak dibeli... saya jumpa ini :

dekat semenanjung susah nak cari ni kan. rm2.7o, murah. lama dah cari biskut ni. saya beli satu bungkus je.


hari tu, saya tengok resepi kek cheese dekat blog cik epal, kalau takde biskut saltcheese, boleh jugak guna biskut hup seng ni, tapi jangan silap beli pulak, guna yang jenis original sebab ada yang silap beli flavor sayur. resepi kek cheese tu simple je, bahan-bahan yang perlu ada :

  • 1kotak/botol fresh milk dutchlady - untuk rendam biskut
  • roti saltcheese - kalau takde, gantikan dengan hup seng deluxe crackers
  • cream cheese - tatura / philadelphia
  • 1tin rendah susu pekat manis


bahan memang murah, tapi budget hari tu cukup untuk beli barang dapur yang perlu je. haha. lagi pulak, hari tu, duit saya guna untuk repair handphone samsung sebab lupa password handphone. insyaallah, lain kali nak cuba resepi ni sebab bahan pun dah jumpa. yea!

2 comments:

  1. nak resipi full yang guna biskut hup seng tu boleh? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dear! :)
      pukul 250gram cream cheese + setengah tin susu pekat manis (boleh adjust kemanisan dia) hingga kembang.
      lapisan pertama - rendam biskut dalam susu dutch lady, lepas tu susun dalam loyang.
      lapisan kedua - ratakan adunan cheese + susu pekat tadi atas biskut tu.
      ulang lagi lapisan pertama dan kedua.
      bila dah habis lapis, letak dalam peti ais semalaman :)
      *boleh guna biskut oreo *boleh tabur nestum atas lapisan kedua
      *biskut hup seng deluxe original flavor

      Delete