Saturday, March 15, 2014

Puding Milo Lapis Oreo

assalamualaikum


tadi tengah cari resepi, tertarik dengan resepi puding milo ni dalam blog yatie memories. nampak sedap dan senang nak buat. :D (saiz 8'' persegi) insyaallah, nanti nak cuba buat.

BAHAN :

  • 1 bungkus / 10gram jelly powder - serbuk agar-agar
  • 750ml air
  • 160gram gula
  • 1tin @ 400gram susu cair
  • 3/4 cawan serbuk milo
  • 1bungkus(137gram) oreo cookies - patah dua


CARA :

  1. masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. masukkan gula dan masak sehingga gula larut. masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. asingkan dua cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo hingga sebati.
  3. tuangkan satu cawan milo(lapisan bawah) ke dalam acuan, panaskan campuran milo yang satu lagi(lapisan atas) dengan api paling kecil supaya tak membeku.
  4. apabila permukaannya mengeras sedikit(lapisan bawah), tuangkan kesemua adunan putih(lapisan tengah) tadi dan taburkan biskut oreo. apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo(lapisan atas) tadi.
  5. biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.




4 comments: