Wednesday, April 09, 2014

Jalan-Jalan

assalamualaikum.

minggu lepas, saya dengan family pergi pekan daro. kitorang 15 orang naik 3 buah kereta, best sangat dapat jalan ramai-ramai. first, kitorang pergi pasar sebab makcik nak beli ikan. bangunan tempat jual ikan tu ada dua tingkat, tingkat bawah tempat jual ikan dan buah. tingkat atas pulak tempat jual pakaian muslimah dan gerai makan. kitorang naik tingkat atas, cuci mata tengok baju, tudung, beg, macam-macam lagi lah, punya lah lama kitorang kat kedai tu. haha. biasalah perempuan kan, kalau shopping tak boleh sekejap.

lepas tu, kitorang pergi minum abc pulak. kalau jalan-jalan, tak sah kalau tak makan :D hehe.

ni lah pekan daro, sarawak. *courtesy of google*

dah habis minum abc, kitorang pergi booth tempat jual tudung lagi! hehe. tengah tengok-tengok tudung, kakak sepupu tanya, tak beli tudung ke? saya dan sepupu lain jawab, kalau ada yang tolong bayarkan, boleh jugak. haha. then, kakak sepupu cakap, pilih la yang mana kami suka, nanti dia bayarkan. haa. apa lagi, kitorang terus pilih tudung. ini tudung yang kakak sepupu saya yang pilihkan untuk saya sebab saya tak tahu nak beli yang mana, rambang mata masa tu. hehe.

tudung bawal kaler pink + oren

selesai beli tudung, kitorang beli barang makanan then balik rumah :D harap lain kali dapat jalan ramai-ramai macam ni lagi :D

No comments:

Post a Comment