Friday, April 25, 2014

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

assalamualaikum.

jom amalkan ayat seribu dinar. insyaallah, hikmahnya adalah :
  • membuka pintu rezeki dan memperoleh rezeki yang tak disangka-sangka.
  • mendapat jalan keluar dari masalah.
  • mendapat perlindungan dari musibah dan bencana.
  • memudahkan segala urusan.
  • jika berperang, tidak cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.




barang siapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t, nescaya akan diberikan kelapangan (jalan keluar). dan diberikannya rezeki dari yang tidak disangka-sangka. dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah s.w.t maka dicukupkannya (keperluannya). sesungguhnya Allah tetap melakukan segala kehendakNya. segala ketentuan itu telah pun ditakdirkan Allah.
(at talaq ayat 2 dan 3)


sejarah dinamakan seribu dinar

pada zaman dahulu, ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak seribu dinar. ‎setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama, pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak seribu dinar seperti yang diperintahkan. setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. lalu Nabi Khidir pun mengajarkan akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-talaq untuk diamalkan. lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.
sehinggalah pada suatu hari, pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. di tengah pelayaran, ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakal pada Allah sambil terus-menerus membaca ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
tinggallah pedagang itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan ayat 2-3 surah at-talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini, ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎seribu dinar.‎

8 comments:

  1. alhamdulillah, kite pun selalu amalkn dulu mula mula susah nak hafal tpi satu hari tu, kite baca boleh hafal pulak. huhu. alhamdulillah in sha allah ada hikmahnya

    ReplyDelete
  2. nice sharing :D insyaallah pasti ada hikmah, boleh amalkan setiap hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah :) tak lama lagi exam kan? boleh amalkan, harap dipermudah masa jawab exam nanti.

      Delete
  3. qila mmg hafal :D alhamdulillah.
    suka ayat kursi and ni :D <3 heee~

    ReplyDelete