Monday, April 14, 2014

Manusia Tiada yang Sempurna

assalamualaikum.

pernah tak seseorang menghina korang depan-depan? lebih teruk lagi bila seseorang tu menghina korang depan orang ramai. rasa down sangat bila seseorang cakap kekurangan kita. ada yang hina kita kurus sangat, gemuk, pendek, hitam. eh. macam la dia sempurna sangat kan. kadang-kadang diorang cuma bergurau, tapi tak semua yang dapat terima gurauan yang macam tu, lebih-lebih lagi orang yang berjiwa sensitif. rasa sedih sangat bila seseorang tu cakap tentang kekurangan kita depan orang ramai dan orang ramai tu pulak gelakkan kita.

saya selalu fikir macam ni ' ya, memang betul tu kekurangan saya. Allah dah ciptakan saya macam ni. diorang bukan menghina saya tapi menghina ciptaan Allah '
sampai bila nak sakitkan perasaan orang? hubungan kita dengan Allah mudah nak pulih dengan taubat tetapi sesama manusia? kita sakitkan perasaan orang, bila kita minta maaf, boleh ke orang nak maafkan kita saja-saja. semua orang berbeza.



rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ' sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat '
hadis riwayat ahmad dan tirmizi.

huraian hadis ;
i) memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

ii) sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. sebaiknya, selaku umat islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. sesungguhnya, sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

sudah-sudah la :) untuk sesiapa yang rasa dirinya tiada cela : Allah boleh tarik balik kelebihan kita dalam sekelip mata. untuk sesiapa yang rasa teraniaya : sabar adalah terbaik untuk kita. mungkin Allah nak uji kita dan dengan ujian itu, kita semakin dekat dengan Allah.


jom zikir :)

4 comments:

  1. Replies
    1. thanks, luna! :) blog luna kemas. buat entry banyak2 tau :D

      Delete
  2. mmng rasa down sangat kalau org lain perli kita :'( perasaan tu lebih sakit dari perasaan bila kita pts cinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu :) yang penting sabar je. banyakkan berdoa.

      Delete