Tuesday, April 15, 2014

Sebab Kucing Jantan Makan Anak Kucing

assalamualaikum.

terkejut tengok anak kucing tinggal kepala dalam kotak. patutla masa kucing jantan tu hidu anak kucing, ayah cakap kucing jantan tu nak makan anak kucing. tapi saya fikir, tak mungkin la kucing jantan makan anak kucing, takkan dia tak kesian tengok muka anak kucing yang comel tu. waktu pagi masa nak tengok 3 ekor anak kucing dalam kotak, 2 ekor tinggal kepala je lagi, seekor je yang hidup. sedih sangat masa tu, rasa menyesal pulak letak kotak tu dekat luar rumah.

memang beberapa hari sebelum kejadian ni, kucing jantan tu asyik lepak kat rumah kitorang. lepas makan anak kucing tu, batang hidung pun tak nampak. huh. tadi baca-baca info tentang kenapa kucing jantan makan anak kucing, sebab :

  • kucing jantan tu nak mengawan dengan ibu kucing, tapi ibu kucing tu sibuk layan anak kucing je. jadi, kucing jantan tu cemburu la dan bunuh anak kucing tu. bila anak kucing dah mati, tiada lagi penghalang untuk kucing jantan tu nak dekat-dekat dengan ibu kucing.
  • kurang sumber makanan dan kucing jantan tu ingat anak kucing tu tikus.
  • tak mahu kedudukannya tergugat sebab anak kucing tu bukan keturunan kucing jantan tersebut.


anak kucing warna hitam putih nombor dua dari kanan tu hilang. jadi, tinggal 3 ekor. 2 ekor sebelah kanan tu la yang kena makan kucing jantan tu. anak kucing yang kiri hujung, mati jugak sebab ibu kucing tak pedulikan dia T_T

zikir harian

8 comments:

  1. biasanya kucing jantan suka makan anak kucing yang warnanya belang tiga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ow,patutla. sebab kucing saya sekor tu ada tiga warna T_T

      Delete
  2. kesian kan tapi nak wat macam mana memang macam tu. huhu

    ReplyDelete
  3. Akak ngeri betul bayangkan kucing jantan mamam anak kucing nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. T_T masa nak tanam kepala kucing tu, rasa nak nanges.

      Delete
  4. ya allah,tinggal kepala je? aaa tak dapat bayangkan dah . hm. kesian :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah. kesian kan. belum putus susu lagi dah kena makan. T_T

      Delete