Thursday, April 17, 2014

Tentang Saya

assalamualaikum.

kalau korang nak tau, saya ni seorang yang

pendiam :
saya dari kecik memang tak banyak cakap. orang pendiam selalunya pemalu kan. pernah dulu masa darjah tiga. masa tu cikgu nak serahkan kertas ujian.
cikgu : *panggil nama saya* cma ni pemalu, markah ujian pun pemalu jugak (maksudnya markah kecik la tu) (-___- ")

disebabkan saya pendiam, saya jadi banyak berfikir dan suka perhati je orang kat sekeliling saya tapi tak la pendiam dengan semua orang. mula-mula kenal saya memang pendiam, lepas kenal lebih rapat, jadi banyak cakap pulak. orang yang pendiam selalunya cenderung menjadi pendengar yang baik. haaa. geng-geng pendiam, kembang kuncup tak lubang hidung tu?? hahaha. ada tapinya jugak, kadang-kadang orang pendiam ni mudah tersisih. sebab kita tak banyak cakap, orang jadi malas nak berkawan. T_T

sayang sangat dekat kucing :
pernah dulu, jiran pinjam kucing saya (macam pinjam barang pulak). hehe. dia cakap nak pinjam kejap, sebab nak main dengan kucing tu. tapi dah petang, dia tak hantar-hantar lagi. saya nangis sebab saya ingat dia culik kucing saya. haha. abang saya terpaksa pergi rumah jiran tu nak ambil balik kucing. sekarang ni saya ada 5 ekor kucing. 2 mak kucing dan 3 anak kucing. semua betina :D

sensitif :
orang tegur je, mesti rasa nak nangis. lagi-lagi kalau orang marah kat saya, terus nangis. haha. memang mudah menangis. kalau ada masalah kecik pun, mula lah menitis air mata ni. hukhuk T_T mungkin sebab saya anak bongsu kot, gaduh dengan abang pun, mak ayah selalu menangkan saya. oh ya, saya ada 2 orang abang dan saya satu-satunya perempuan, bongsu pulak tuh. saya pernah cakap dekat abang dan mak saya, kalau la abang saya tu perempuan, boleh la tolong saya buat kerja dalam rumah. haha.

ni pulak sifat saya masa kecik :

masa kecik-kecik dulu saya seorang yang lasak. tiap hari mesti panjat pokok. sebelum lepak atas pokok tu mesti bawak gula-gula perisa sarsi. rasa tak percaya pulak yang saya macam tu dulu. haha. kalau korang nak tahu, masa sekolah rendah, saya tak suka ikat rambut dan tak tahu pakai baju lengan pendek. sampai tingkatan 2, baju saya semua lengan panjang. peliknya saya masa kecik-kecik dulu. hehe. cakap pasal masa kecik ni, masih ingat tak dengan :

*image courtesy of google*
rindunya T_T

4 comments:

  1. betul tu.orang pendiam ni mulut aje yang kurang bunyi,tapi lasak.Bab bercakap tanpa suara boleh tahan juga kot...macam ni...

    ReplyDelete
  2. tora ngan ding dang..menggamit kenangan silam..hehe

    ReplyDelete
  3. Orang pendiam memang lebih observant :)
    Dulu ms kecik dapat dingdang & belob tiup tu dah kira hebat dah...

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan dik... :-)
    Kak Nur pun mase kecik2 dulu memang suka sangat beli benda2 kat atas tue..paling x pernah miss beli Ding Dang...hihihi...

    ReplyDelete