Sunday, May 04, 2014

Petua Buang Tahi Lalat Dengan Mudah

assalamualaikum.

petua ni saya baca dari blog http://iliesbubblies.blogspot.com. memang mudah tapi sakit macam kena gigit semut api. saya ada tahi lalat dekat dagu. satu besar dan hidup, satu lagi kecik dan mati kot tapi timbul. saya pernah garu tahi lalat yang kecik tu sebab gatal, dia tertanggal tapi tumbuh lagi.

BAHAN :
  • kapur sirih - kapur makan (google kalau tak tahu)
  • serbuk pencuci - contoh : daia, top, breeze, fab, saya guna daia
  • sedikit air
CARA :
  1. bancuh kapur sirih dan serbuk pencuci atas bekas. saya guna bekas plastik dan sudu plastik untuk bancuh.
  2. nisbah adunan 1 : 1 saya campur kapur sirih setengah sudu dan serbuk pencuci setengah sudu jugak.
  3. titiskan air sikit je sehingga adunan jadi macam bedak sejuk.
  4. bila adunan dah siap, boleh cucuk sikit tahi lalat guna jarum tapi saya tak cucuk.
  5. bismillah. letak sedikit adunan tu atas tahi lalat. INGAT : letak atas tahi lalat je, tak boleh lebih kena kulit.

PENGALAMAN SAYA :
hari pertama
  • first time letak tak sakit tapi kulit tahi lalat tu mengelupas. tunggu 40 minit. cuci.
  • kali kedua letak, dah mula rasa sakit macam kena gigit semut api. tahi lalat jadi besar. tunggu 40 minit. cuci.
  • kali ketiga, tahi lalat jadi kering dan kembali ke bentuk asal tapi kulit sekeliling tahi lalat jadi bengkak dan merah. tunggu 40 minit. cuci.
  • kali keempat, masih sakit jugak, tahi lalat kering dan menipis, tunggu 40 minit. cuci.

(tak ingat letak kali ke berapa mula keluar darah, tapi sikit je)

hari kedua
letak dua kali, masih rasa sakit dan keluar darah sikit. tahi lalat kecik dah tanggal - tinggal parut kaler hitam(tak pasti baki tahi lalat atau tak) dan berlubang.

hari ketiga
letak dua kali, tahi lalat jadi mengecut dan kering.

hari keempat
dah tak letak campuran kapur sirih + serbuk pencuci. tahi lalat tu macam nak tanggal, tapi masih melekat sikit dekat isi kulit. tahi lalat jadi macam kudis.

hari kelima
tahi lalat tanggal. cuma tinggal lubang parut.

8 comments:

  1. Petua yg sangat berguna. Nice entry. :)

    ReplyDelete
  2. sy pernah try kat leher sy..mmg menjadi...mula2 mmg pedih..kemudian kering & tertanggal sndiri...tp parut lambat hilang...tiap2 hr sy sapu bio oil utk hilang kn parut...skg tahi lalat dh tx ada dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah,memang pedih. sekarang pun masih tinggal parut.

      Delete
  3. kalau tepi mata tahi lalat hidup berkesan x??bahaya x?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hai awak saya nak tanya. 1st & 2nd day saya ketak 4 Kali pastu dia dah kering. Tapi waktu 2nd day letak tu dia tak rasa sakit la. Perlu letak lagi ke? Or biarkan je dia kering sampai tertanggal? Please reply 😭

    ReplyDelete